01 February 2011

Chapter13:Aku dan Cita-Cita Ku..Now Everyone Can Fly!

"Now Everyone Can Fly" ni adalah slogan aku untuk chapter ke13 ni.. aku pilih slogan aku ni bukan bermaksud sume orang boleh terbang, ada maksud lebih mendalam..maksud aku yang tersirat lagi tersurat tu bermaksud, sekarang ni semua orang boleh mengapai impian mereka masing-masing..kita tak boleh menjangkakan apa yang akan berlaku pada kite in the future..aku sekarang mungkin ambil jurusan pentadbiran awam, tapi aku mungkin menjadi seorang usahawan kelak! mana tahu..mungkin.. semuanya telah ditentukan olehNya..kita hanya mampu mencorakkan hidup kita lagi..

Aku memang mahu jadi kaya, mahu buka kafe atau ladang bagai..tapi itu hanya impian..impian tak semestinya kita fulfil atau capai..makanya aku asingkan diantara impian aku dan cita-citaku.. cita-citaku ini harus aku capai! kalau cita-cita aku tercapai, impian yang diimpikan tak tercapai pun tak mengapa! tak ralat! tapi kalau cita-cita aku tak tercapai..haruslah aku frust menonggeng tertonggeng!hehe..

Cita-cita aku..cita-cita aku ni dari dulu berubah-uba..seingat aku la masa..
tadika-nak jadi polis
sekolah rendah-guru, camerawoman, wartawan
sekolah menengah (form1-3)-ahli geologi, pensyarah, ahli kaji cuaca (haha ni tak tahu la kenapa terminat nak jadi benda alah ni!)
kirenye sumenye berubah la iku peredaran masa..tapi semuanya berubah apabila aku dah masuk ke fasa baru..

Ketika sekolah menengah (form4 till now) ni adalah cita-cita aku yang tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang! kira-kiranya cita-cita permanent aku la! aku memang jatuh hati dengan pekerjaan ni..maybe sebab aku ni kaki melancong..aku suka sangat melancong especially pergi melancong kat overseas..cita-cita aku sekarang ni nak bawa orang pergi melancong! hmm senang cerita, cita-citaku nak jadi seorang tourist guide yang berjaya!!hehe..cuma tu la..mak aku tak suka aku jadi tourist guide..mak aku nak aku ikut jejak macam auntie aku jad PTD..aku tak minat la! aku lebih suka kerja yang fun, rileks dan cool! aku juga suka nak jumpa foreigner..bawa mereka jalan-jalan sekitar malaysia! make friends dengan meraka..kan lebih seronok.. PTD?? hmm hampir sama la dengan tourist guide..meet foreigners tapi dalam keadaan terlalu formal..tak enjoy langsung! bosan!




Apa-apa pun rintangan yang datang..aku tetap nak jadi Tourist Guide! aku harap cita-cita aku ni tercapai dan aku akan terbang tinggi melangit!haha..

-THE END-

Chapter12:Aku Mahu Kaya dengan Konsep POLC!

Aku mahu kaya! bukan kaya untuk disapukan dengan roti tapi kaya! dalam bahasa "omputehnya" rich! Yalaa..ramai yang kata aku ni tak reti bersyukur, dari kecil boleh dikatakan agak senang..tapi aku nak lebih dari tu! aku nak jadi kaya..lebih kaya dari bapa, uncle, atuk dan nenek moyang aku sendiri! kalau boleh aku nak nama aku setarap dengan BILL GATES! anda mampu?? ish2 tinggi betul tu! tapi cam mana aku nak merialisasikan impian aku tu..maybe boleh merialisasikan melalui POLC..Planning, Organizing, Leading and Conttolling..(alang2 aku belajar MGT162 ni, lebih afdal kalau aku praktiskannya!)

1st Step

Planning
1.Apa yang aku perlu buat atau keluarkan?
a)nak buka kedai buku
b)nak buka kedai cd/dvd/blu-ray
c)nak buka ladang
d)nak buka stall jual goreng pisang/keropok lekor
e)nak buka kafe

2.Aku ada dua choices. Pilihan aku ialah:-
c)nak buka ladang
e)nak buka kafe

3.Modal (kekurangan)

4.Buat pilihan-Sama ada nak buka ladang atau kafe

5.Kos Lepas
-kalau aku pilih buka ladang, kos lepas aku kafe
-kalau aku pilih nak buka kafe, kos lepas aku ladang

Ladang Impian Ku..



p/s:aku bajet orang yang pakai baju warna biru putih ni aku la..sambil menghirup udara segar kat ladang ditemani oleh lembu-lembu dan kambing-kambing aku..haha..budget 2011 la aku ni!hehe

Kafe pula terdiri dua kafe favourite aku
1.Kafe ala-ala Japanese




2.Kafe ala-ala France




2nd Step

Organizing
Selepas membuat perancangan. Aku akan membahagikan tugasan kepada orang bahawa aku. Disini berlakunya proses delegation of power. Setiap pekerja akan melakukan tugas mereka masing-masing. Delegation of power ialah penyerahan kuasa daripada Top Manager ke Lower Manager. Aku tidak boleh memantau semua pekerja aku jadi aku akan suruh orang bawahan aku menyelia orang bawah bawahan aku, sama ada mereka buat kerja atau tak.

3rd Step

Leading
Memastikan pekerja aku sentiasa bersemangat untuk kerja. Aku perlu menjaga kebajikan semua pekerja aku sama ada mereka selesa bekerja dengan aku atau tidak. Kalau tak selesa, aku akan "kick out" pekerja tu! Aku pun "tak selesa" la nak kerja dengan orang yang tak "selesa" dengan aku! Aku tanya lagi, cukup tak gaji yang aku beri. Kalau pekerja tu cakap tak cukup, aku akan cakap "cukup! aku dah tak tahan dengar kau complaint pasal gaji! ko ingat duit gaji kau tu aku petik dari pokok? go to H**L!!"
Bagi aku ini adalah cara yang terbaik nak "handle" pekerja kita! especially dengan orang melayu! orang melayu ni tak boleh nak layan sangat! nanti lemak dia orang cepat naik! kalau semua pekerja dah "obesiti", mahu runtuh company aku!

4th Step

Controlling
Aku sebagai Top Manager akan kontrol semua proses pengeluaran. Aku akan "check" ada tak kesalahan yang berlaku semasa proses pengeluaran dijalankan. Jika ada, aku akan suruh mereka yang berkenaan "re-do" balik dia orang punya kerja. Aku mahu pengeluaran syarikat aku ini berkualiti dan bertaraf Antarabangsa! tak mahula taraf-taraf barang dekat Chow Kit, tak international kekdahnye!!!

Aku rasa setakat inilah..semoga aku dapat capai impian aku bergelar orang kaya-kaya bertaraf Bill Gates. Amin!! cuma aku tak tahu nak buka mana satu. Aku teringin nak buka ladang, tapi BestFriendsForever aku semua dah sepakat nak buka kafe nanti. Kalau macam tu, aku buka dua-dua la!hehe..tamaknya! tak apa la tamak, janji kaya!

-THE END-

31 January 2011

Chapter11:Bila Tak Dicari ia Ada, Bila Dicari ia Menghilang Entah Ke Mana..

Aku ni..kalau nak 1benda tu..aku mesti nak juga! kalau tak dapat..memang aku akan mimpi la!! tu salah 1 tabiat buruk aku..dari dulu lagi..aku even sanggup mogok dengan parents aku kalau aku tak dapat 1 benda yang aku nak! maybe its too annoying but true..mula2 nak juga buang tabiat ni..tapi takleh la..bila dah besar..bende ni jadi satu habit..apa yang aku nak mesti kene tunaikan!



Aku sekarang ni tengah kepunan nak beli novel ni..tajuknya Karipap-Karipap Cinta.. diterbitkan oleh PTS..aku sekarang ni tengah giler dengan novel keluaran PTS cause tak banyak pasal cinta and jalan citer pun sempoi je..haritu beli la citer semanis tart ceri..baca la lampiran kat belakang tu..ade sinopsis pasal citer karipap2 cinta ni..dulu aku selalu jumpa novel ni kat mana2 je bookstores yang aku menenggek kat area KL.. bila dah baca sinopsis die..makk aihh jatuh ati den! pastu try cari..dah tak jumpa! adoiiyai! dulu tak cari, jumpe je! bila dah terhegeh hegeh nak cari..payah lak! tak jumpe satu jejak pun! adoiiyai! karipap2 cinta dimana kamu??? aku merindui mu!!! huhuhu..so aku ambil keputusan nak beli secara online..dalam 2 or 5 hari ni dapat la..be patient and wait!

-THE END-

Chapter10:Baju Kurung RM1K above!

Hari ahad bersamaan 30 januari 2011, pergi ke Shah Alam..hmm ade pesta novel kekdahnyerr..borong la novel..tak smpi disitu sahaja..after pergi pesta novel,,singgah kat shopping complex dekat dengan area tu je.. dah sampai shopping tu, lebih afdal la kalau pergi beli album/cd korea sekali..tapi bapa aku tak kasi la! dengan alasan.."tu cd kat rumah tu..berlambak..tak habis tengok lg!"..adoiiyai! then mak aku mintak beli baju kurung..hargannya berkali ganda dari cd2 korea aku! 1 pasang baju kurung tu dh berharga rm1k! bukan beli satu..tapi bapak aku belikan 2pasang tuk mak aku! makk aihh! aritu memang shopping bapak aku dah abiskan rm2k+ hanya untuk beli baju kurung je! Geram! sib baik aku dah biasa dengan benda ni semua..dah tak heran lagi..tapi aku tetap nak cd citer GOD OF STUDY tu gak! aku tak kisah nak juga! akan ku tuntut pada hari khamis nanti dekat midvalley! tunggu~



p/s:ni la baju yang mak aku beli..lagi 1 baju kat atas..

-THE END-

29 January 2011

Chapter9:Hari ini! (29Jan2011)

Hari ini..aku bangun..aku pelik! ehh aku dekat rumah! patut la selesa je aku tidur harini..aku bangun je dah pukul 11 am! memang terbaik aku ni!
Hari ini..ehh? tak ada nasi goreng and nasi lemak?? sumenya masakan mak aku! rindunya!
Hari ini..weyh! drama dream high dah tayan kat kbs world! tak tahu pun! kene rakam ni!
Hari ini..dah lama tak guna streamyx kat rumah..line streamyx aku laju weyh! tak tipu! better than this broadband!
Hari ini..ape la yang bapak and abang aku duk teriak kat depan tu! bila aku tengok..lerr ade perlawanan bola ala2 EPL kat TV! (aku ni jangan main2..bekas peminat fanatik bola sepak aku dulu ni!) ler mengacau aku nak layan KPOP je!
Hari ini..aku sangat bahagia! bersama family aku..bersama cd2 and album2 korea aku! novel2 aku..        Last but not least..
Hari ini..Home Sweet Home

Chapter8:Asmara, Drama Melayu Pertama!

Menyesal, Ku Akui! Tak Terima Cinta Mu..ni la lagu tema a.k.a ost untuk drama melayu kesukaan aku, yang lebih tepatntya..Drama Melayu Pertama yang aku minat and gilerr! (1st time kowt aku setia menunggu dari ep1 till ep last! gigih tak aku? gigih kan!) yela..aku ni kan KIPAS SUSAH MATI KOREA SAMPAI BILA2! tahniah la untuk diri aku sendiri! (dah tak ada sape nak ucap tahniah..so biarla aku je yang ucapkan tahniah untuk diri sendiri!hehe..)




Sinopsis drama Asmara (ni aku main kopi and pasta je..credit to:www.budiey.com)
Terjerat Dalam Perjanjian Nyawa.
Terbaru di slot Lestary, TV3 bakal menayangkan sebuah siri drama yang menarik “ASMARA” lakonan Faezah Elai, Shaz Jazle, Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi mulai 31 Ogos 2010, setiap Selasa jam 9.00malam.
Drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah dan juga skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem. ASMARA mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah.
Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).
Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.
Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawaZaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.
Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.
Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.
Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati? Saksikan konfik cinta mereka di Lestary: Asmara mulai 31 Ogos 2010, setiap hari Selasa jam 9.00malam.

Endingnya:mula2 bengang gila!!! tapi bile dapat tahu Asmara nanti ade sequel! terus hati kata ALL IZ WELL! (hehe cilok dari film 3IDIOTS! BEST WEYH!) actually aku dah tahu cerita ni akan ade sequel sebelum cerita ni tamat lagi dari sumber tertentu..sebab tu la aku agak "cool" juga time tengok ending citer ni..kalau ikutkan ati aku mahu je bakar TV LCD 40inch with Home Theater set kat rumah aku ni!hehe..sib baik dari awal lagi dah tahu citer ni akan ade sambungan..All izz well!

Citer ni yang buat aku suka tetibe sebab aku terbaca skrip citer ni kat paper..and macam menarik je..kebetulan aku balik rumah time tu..adik aku suruh aku tengok drama ni..aku pun teringin nak tengok memandangkan time bace paper tu macam interesting je citer ni..bila tengok ep1 terus aku crush dengan jalan citer Asmara+dengan Hero tu sekali aku tangkap cintan! adoiiyai berkenan aku! hensem sangat! Heroin die pun lawa..membuatkan aku angau dengan citer ni! ya Allah..Tuhan sahaja yang tahu betapa angau nye aku time tu! lakonan Asmara and Zaliya memang mantap! love U guys! nak tahu tak..aku ni dah jadi peminat tegar korg! tak sabar nak tunggu Asmara2 on air bulan March ni! sayang U guys! Saranghae

Shahz Jazle a.k.a Asmara


Faezah Elai a.k.a Zaliya

p/s:The Best Love Team in Malaysia for Me!

-THE END-

Chapter7:Menyesal, Ku Akui! Tak Terima..??

Menyesal, Ku Akui! Tak terima..Cintamu?? aikk dah macam lagu tema drama Asmara pula! (off topic:Asmara nanti ade sequel! ASMARA2! yayy!! dapat tengok Asmara dengan Zaliya lagi sekali!) bukan cintala! tak ade masa nak cintan cintun ni! statement "Menyesal, Ku Akui! Tak Terima..??" tu aku tujukan untuk biasiswa pengajian ke Jepun dalam bidang Pendidikan! aku menyesal sangat tolak offer yang aku idamkan dari dulu iaitu belajar ke Jepun tak kisahla bidang manapun..janji Jepun beb! dengan alasan yang agak "kurang waras" iaitu takut nak kene interview dan sekarang aku tengah menyesal giler2 ni! sedih sangat2! frust tertonggek kowt aku! tapi papepun life must goes on..dah tak ada rezeki nak buat cam mana kan..maybe rezeki aku tertumpah kat UiTM DIHATIKU! tak apa..mana tahu result aku gempak! aku dapat further study aku kat JEPUN! AMINN!! GANBATTE YO!!

-THE END-